Sunday, July 25, 2010

Waqaf

Waqaf( وقف ).

Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

Jenis Wakaf

Waqaf Lazim( الوقف اللازم )/ Waqaf Tam( الوقف التام )
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )

Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) الوقف الجائز
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) وقف المراقبة
Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.

Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah) الوقف الممنوع
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti. Tanda Waqaf tersebut ialah:( لا ).

Saktah Latifah (Berhenti baik / Elok) السكتة اللطيفة

Menghentikan seketika bacaan tanpa bernafas sekadar dua harakat. Tandanya ialah:( س ).

No comments:

Post a Comment