Thursday, October 21, 2010

Kuiz Ramadhan..

Pada 20 Ogos 2010 (bersamaan 10 Ramadhan 1431), Biro Agama Kelab Kompetensi telah mengadakan "Kuiz Ramadhan" bersempena menayambut bulan Ramadhan...

Kuiz berkenaan telah disertai oleh 6 kumpulan (3 org 1 Kump.._)

Kumpulan Tawakal, Al Ikhlas dan Assalamualaikum telah bersaing dalam saringan pertama untuk kelayakan ke pusingan Akhir..


Penonton menyokong pasukan feberet masing2..

...dan akhirnya kumpulan Assalamualaikum telah berjaya menempah tiket ke pusingan Akhir...
Saringan kedua pula, telah menemukan kumpulan Singa Padang Pasir, Saidina Ali dan Mawaddah untuk merebut tiket ke pusingan Akhir bersama kumpulan Assalamualaikum...

Tak kira peserta mahupun penonton.. sama2 berfikir.. berfikir.. dan terus berfikir...

.. dan akhirnya pusingan kedua telah dimenangi oleh kumpulan Mawaddah...

Kini tibalah peperangan antara kumpulan Assalamualaikum dan kumpulan Mawaddah untuk membawa trofi kemenangan..

Ternyata gandingan En. Nik, Cik Syikin dan Cik Adzlin (Mawaddah) begitu mantap dan berjaya mengalahkan kumpulan Assalamualaikum..


Syabas diucapkan kepada Juara dan Naib Juara... kepada peserta yang belum berjaya, cuba lagi di masa akan datang.. :)


Monday, August 9, 2010

TeRMa & SyaRat2 KuiZ RaMaDhaN CPK 2010



TERMA DAN SYARAT-SYARAT
KUIZ RAMADHAN CPK 2010


1. Kuiz Ramadhan CPK terbuka kepada semua peringkat warga CPK;

2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (3 orang). Ahli kumpulan adalah bebas;

3. Penyertaan hanya terbuka kepada 6 kumpulan. (First come first serve);

4. Kriteria penilaian kuiz adalah umum termasuk tauhid, ibadah, syariah, dan akhlak (silibus SPM) ;

5. Nama kumpulan adalah bertemakan ”ARAB”. (Apa-apa sahaja perkataan bahasa arab);

6. Setiap permohonan penyertaan pertandingan Kuiz Ramadhan CPK seperti di Lampiran A (seperti yang diemelkan). Borang penyertaan ini perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Biro Agama selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2010 (Rabu); dan

7. Hadiah menarik menanti pemenang KUIZ RAMADHAN 2010.

ProGram PeNghaYaTaN RaMaDhaN CPK


Sunday, July 25, 2010

Nisfu Syaaban


Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)


p/s : 26 Julai 2010 (Isnin) adalah bersamaan 14 Syaaban 1431H..sama-samalah kita seluruh umat islam menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini...amin

Waqaf

Waqaf( وقف ).

Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

Jenis Wakaf

Waqaf Lazim( الوقف اللازم )/ Waqaf Tam( الوقف التام )
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )

Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) الوقف الجائز
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) وقف المراقبة
Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.

Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah) الوقف الممنوع
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti. Tanda Waqaf tersebut ialah:( لا ).

Saktah Latifah (Berhenti baik / Elok) السكتة اللطيفة

Menghentikan seketika bacaan tanpa bernafas sekadar dua harakat. Tandanya ialah:( س ).

Berkat Membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Al-Quran Sebagai Pembela

Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

e-Tazkirah Bil 3/2010


Thursday, July 22, 2010

e-Tazkirah Bil 1/2010


1st Entry


Salam kepada semua pengunjung dan warga Cawangan Pengurusan Kompetensi ...Terlebih dahulu pihak Biro Agama Kelab Kompetensi ingin menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya jua, impian bagi mewujudkan blog ini dapat direalisasikan. Blog ini bertujuan untuk memberi makluman terkini dan info-info dari pihak Biro Agama agar dapat dimanfaatkan oleh semua.Sekiranya terdapat sebarang pandangan @ kritikan berkenaan dengan blog ini bolehlah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Biro yang terdiri daripada :-
Asrul, Hafiz, Farah & Syida
Sekian (^_^)